BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 15 Januari 2011

musafir menuju akhirat ...








Rumahtangga Dakwah & Generasi Pewaris

Adalah satu hakikat yang telah kita sama sama fahami bahawa kita hidup di dalam suasana yang berlakunya pertembungan antara Islam dan jahiliyah.

Pertembungan ini berlaku di setiap peringkat sama ada dari peringkat individu hinggalah keperingkat masyarakat dan negara.

Setiap muslim yang merasai hakikat ini hendaklah menyedari bahawa dirinya perlu membuat persiapan yang rapi.

Kegagalan di dalam pertarungan ini akan menjejaskan akhiratnya, dan juga keluarganya.

Oleh yang demikian kita di tuntut untuk memahami amal Islami dan melaksanakannya dan juga menyediakan anggota anggota keluarga untuk sama- sama mendukung tanggungjawab dakwah dan jihad ini.

Salah satu aspek dalam persiapan jihad ini ialah menyediakan rumahtangga dakwah.

Asy Syahid Imam Hassan Al Banna telah meletakkan pembentukan rumahtangga muslim sebagai fasa kedua dalam amal Islami.

Artikel ini cuba membincangkan persoalan rumahtangga dakwah dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak-anak kita yang mampu mewarisi dakwah Islam.

Apa Kata Islam Mengenai Pembinaan Rumahtangga

Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini marilah kita memahami pengertian rumahtangga atau keluarga muslim.

Apa yang dimaksudkan dengan keluarga muslim adalah keluarga yang mendasarkan segala aktivitinya pada pembentukkan keluarga yang sesuai dengan syariat Islam.

Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, terdapat beberapa tujuan terpenting pembentukkan rumahtangga muslim ini iaitu :

01. Mendirikan syariat Allah dalam segala permasalahan rumahtangga, mengamal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

02. Mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan ruh. Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21;

"Dan di antara tanda tanda kekuasannya ialah dia menciptakan untukmu isteri isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.dan dijadikan Nya di antaramu rasa mawaddah dan rahmah.Sesungguhnya pada yang demikian benar benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir." - Surah ar-Rum :21

Al-Qurtubi telah mencatatkan komentar Ibn Abbas RA mengenai mawaddah,yang dijelaskan bererti "cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya" dan rahmah pula bermaksud "rahmahnya jangan sampai menderita atau mengalami kesusahan". Dan di sini dapatlah kita simpulkan bahawa pembentukkan rumahtangga muslim itu di asakan di atas mawaddah dan rahmah.

Suasana rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang yang suci akan mententeramkan jiwa dan ruh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang paling tepat selain rumahtangga Rasullullah SAW yang dibina bersama-sama dengan Sayidatina Khadijah RA terutama sekali pada ketika menghadai cabaran-cabaran dan pengalaman-pengalaman baru yang memerlukan sokongan padu serta keyakinan yang tidak ada sebarang keraguan daripada si isteri.

Anak-anak yang dibentuk di dalam suasana mawaddah dan rahmah ini akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram kasih sayang serta jauh dari kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan peribadi.

03.Mewujudkan Sunnah Rasullullah SAW dengan melahirkan anak-anak soleh sehinggakan umat manusia merasa bangga akan kehadiran kita.

04.Memenuhi keperluan cinta kasih anak-anak ketidak seimbangan atau ketandusan cinta kasih ini menyebabkan penyimpang akhlaq dan perilaku.

Di dalam persoalan perkahwinan dan seterusnya pembentukkan rumahtangga muslim ini Islam tidak menyempitkan perkahwinan itu hanya untk mendapatkan anak-anak yang soleh.

Walaupun ini adalah satu tujuan utama, atau untuk mengekang pandangan dan menjaga kemaluan, juga matlamat perkahwinan dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syarie, tetapi Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, lebih mulia dan lebih jauh jangkauannya.

Ianya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta perlaksanaan amal Islam yang luas.

Walaupun antara matlamat terpenting dalam pembentukan rumahtangga dakwah ini adalah untuk menyediakan suasana dan persekitaran subur untuk mendidik anak- anak tetapi Islam telah menentukan bahawa perjanjian zuriat itu yang utamanya adalah bermatlamatkan dakwah dan jihad.

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (pewaris) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia Ya Tuhanku, seorang yang diredhai " - Surah Maryam : 5 – 6

Kedua-dua ayat di atas meraqamkan hajat dari do'a Nabi Zakaria AS yang berhajat kepada anak untuk mewarisi dan meneruskan kewajipan dakwah yang dipikulnya.

Peristiwa yang dirakamkan di dalam Al-Quran ini menunjukkan bahawa seorang daie itu berhajatkan anak seperti manusia lain juga tetapi hajat ini lebih mulia kerana ia berhajat supaya anaknya mewarisi dakwah dan jihadnya.

Aspek ini adalah penting kerana perjalanan dakwah dan pertarungan dengan memerlukan masa yang panjang dan dengan adanya pewaris yang akan meneruskan perjuangan dapatlah di pastikan, Insya Allah bahawa perjuangan ini tidak akan mati di pertengahan jalan.

Tawazun Dalam Rumahtangga

Berumahtangga juga bagi seorang daie adalah bertujuan untuk melaksanakan ubudiyah dan bukan untuk menghalangnya. Adalah disedari bahawa terdapat banyak ujian dan fitnah yang terdapat dalam rumahtanggga.

Salah satu daripada ciri penting rumahtangga dakwah adalah keseimbangan atau tawazun. Keseimbangan ini adalah:

a.Di antara kecintaan kepada isteri dan anak-anak dengan kecintaan kepada Allah dakwah dan jihad.

b.Diantara kecintaan kepada keselesaan hidup bersama keluarga dengan kesungguhan berdakwah di tengah tengah masyarakat yang sangat mencabar.

c.Diantara kecenderungan untuk memberikan kesenangan hidup keluarga dengan harta benda dengan tuntutan berbelanja ke jalan Allah SWT.

Para du'at (daie-daie) perlu melalui dengan bersungguh-sungguh untuk menatijahkan keseimbangan ini kerana ramai para du'at yang gugur di perjalanan dakwah kerana kegagalan mereka melahirkan keseimbangan ini dan kegagalan mereka mendidik isteri dan anak-anak untuk menerima serta melaksanakan keseimbangan ini.

Rumahtangga Dakwah Adalah Yang Terlaksananya Tarbiyah Kepada Anggotanya

Salah satu ciri terpenting dalam rumahtangga daie yang membezakannya terus dari yang selainnya adalah terlaksananya tarbiyah Islam yang sebenarnya di dalam rumahtangga tersebut.

Adalah menjadi suatu yang dituntut agar para duat memberikan sepenuh perhatian yang serius dalan hal ini.

Anggota keluarga yang tidak mendapat tarbiyah yang sebaiknya atau lebih parah lagi yang terabai terus tarbiyah mereka bukan sahaja tidak akan mempu untuk menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin akan mencacatkan dan menjadi penghalang perjalanannya.

Pentarbiyahan anggota keluarga di mulakan dengan pentarbiyahan isteri, yang telah terlebih dahulu di pilih di atas dasar keimanan dan keIslamannya.

Pentarbiyahan isteri ini sangat penting kerana pentarbiyahan anak seterusnya akan dilaksanakan bersama dan pada dasarnya para isterilah yang akan memainkan peranan yang paling besar.

Selain daripada memikirkan kurikulum yang berkesan untuk mentarbiyah anak yang merangkumi bahan bahan dan metodologi yang sesuai, satu aspek lagi yang sangat penting adalah syakhsiyah Islamiyah dan perlakuan ibubapa.

Pakar pakar pendidikan barat juga menyedari hakikat qudwah dan menyebutkannya sebagai 'the hidden curriculum' atau kurikulum yang tersembunyi.

Pembinaan Syakhsiah yang dibina di atas dasar keimanan yang teguh sahaja dapat membuahkan syakhsiyah contoh yang menjadi kurikulum praktikal bagi pertumbuhan jiwa dan perlakuan anak.


Rahsia Rambut Tantikkkk :)

salam uoollsss..
last week sy dah berjanji kan nak share tips rambut cantik dan menawan...
tips ni mudah saje...
uollsss x perlu lah bebelanjer lebih..
x yah lah nak beli perapi ke..apa ke kan..
x yah lah nak g saloonnnn..
walaupun mampu :)
(sy x ada masa nak g saloonnn T____T)
untuk mendapatkan rambut yang cantik dan menawan..
serta lembut ibarat softlan..
apa kata guna tips ini...
sapukan minyak baby pada rambut(baby oil)salah satu contoh baby oil

pastikan minyak baby tu ada tulis "sesuai untuk melembapkan rambut"
sebelum mandi..tunggu dlm 10minit..
kemudian syampoo dan bilas...
anda pasti dpt merasai kelainnya..
rambut uoollss x ada lah akan mengerbang..
kering...
malah akan nmpk lebih lembut..
tips ni sesuai untuk uoollssss yg x suka pakai perapi syamppoo
(ada ke pomp x suka pakai perapi??)
malah boleh dijadikan perapi syampooo...
kali pertama mmg x nmpk sgt kesannya..
bila cuba banyak kali sure rambut uooollsss cantik..
walaupun bertudung...
x yah lah nak wat t'ment kat saloonnnn
and
x ada lah mcm sarang tabuan bila kering..
hahahahaha...
dan ada lagi satu tips yg sy nak share bsama...
jgn sesekali mggunakkan minyak rambut untuk melembapkan rambut sesudah mandi..
aiiiyoyoyo...ama minachi che...
rosak lah rambut tu kan...
mesti pelik kan knp kita x leh guna..
minyak rambut yg mcm baby oil tu sesuai untuk baby sahaja dan kanak2..
kita yg dewasa ni x sesuai wahai kakak2 dan mak cik2 oiii..
sebabnya RAMBUT KITA SUDAH MEMPUNYAI MINYAK
bila letak minyak makin berminyak lah rambut kita..
dan rambut kita akan menjadi rosak..
walaupun x nmpk dengan mata kasar..
tp bila kita cuci rambut kita..
kesannya ketara sgt nampak..
rambut x sihat...
so caranya just beli vitamin rambut...
bukan minyak rambut..
okeyyhhh....
so cubalah..bila dah cuba cari sy..
sy nak tahu jadi apa kat rambut anda semua...
selamat mencuba dan selamat beramal!!!!


Nasihat ayah buat anak yang bakal berkahwin..




Wahai anakku,
Dua perkara ini anakku..jika engkau pegang dan tanam dalam kehidupanmu dan dirimu,
InsyAllah akan dikau menemui keharmonian dan keamanan dalam pelayaran rumah tangga.

Itulah antara "Sabar" dan "Tolak Ansur".

Andai engkau berjaya memenuhinya kedalam sikapmu, maka kukuhkanlah ianya sehingga keakhir hayatmu,
Sekiranya dirimu belum lagi mencapainya...maka persiapkanlah diri sebaik-baik dan sebenarnya dengan memperhebatkan dahulu dirimu dengan dua perkara tersebut.

Dengan sabar dan tolak ansur, kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang cemerlang dalam rumah tangga. Janganlah dikau menurut emosi dan penilaianmu kecuali dengan mengingati dua perkara tersebut.

Sabar & Tolak ansur daripada hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan daripada pengaruh dan persekitarannya.
Walau kamu dipihak benar...maka tetaplah bersabar dan bertolak ansur.

Percayalah anakku, bila masalah datang menguji suatu ketika nanti antara dirimu dan suamimu..kamu bijak atur ianya dengan perkara tersebut..maka suami itu akan berfikir dan merenung kembali atas kesilapan yang dilakukannya.

SABAR + TOLAK ANSUR = AMAN ---> lahir daripada; KEIKHLASAN & penerimaan hati atas ketentuan (SYUKUR & REDHA) <<<<< Inilah antara kunci ketenangan dan kebahagiaan dalam perkahwinan anakku.


Wallahua'lam.

Bila si Dia Majuks

macam nak terbalik dunia ni rasa bila lelaki merajuk..
lagi2 yang merajuk tu orang yang paling kita syg dunia akhirat...
nak di jadikan citer sy cari pasal dgn my incik papa syg sy ni..
so dia kecik ati and majuks...
walaupun jumpa dia ttp masih kecik ati and majuks...
so puas dah minx maaf..pujuk rayu still x nak pergi jauh majuks dia tu..
lelaki kalo dah berkecil hati macam tu lah jadinya...
muncung panjang seela...
hahahahaha...
kadang2 sy jadi x keruan..
nak buat apa semua tak kena..
kadang2 sy yg akan touching T______T
ye lah..
x haru jadinya bila dia majuks..
mcm x lengkap dunia ni tanpa dia...
so nak ambik ati dia n pujuk dia
me delivery lah chocolate untuk dia..
siap hantar office lagi..
nak wat kejuuttaaannzzzz
tapi still x barjaya jugakkk!!!
walau wehh...
mana taw kan bila makan jer chocolate tu sejuk atinya..
and senyum manis mcm semanisnya chocolate tu..
ttba my incik papa syg hntr bbm(blackberry messenger) kpd sy
******************
<<~ny4\/\/4|> Thank you for chocolate mama..
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>> chocolate???bila masa mama bg papa chocolate??
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>awek mana yg bg papa chocolate..
<<~ny4\/\/4|>mama jangan nak buat lawak..
<<~ny4\/\/4|>memang mama yang hantar kan..
<<~ny4\/\/4|>jangan nak tipu...
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>hihihihi..ye lah mama yg hantar..nak pujuk org yg tngh majuks ni..:)
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>rindu papa..:'(
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>sowi coz cari pasall dgn papa ari tu
<<~ny4\/\/4|>hummmm..miss nak cari pasal lagi ke??
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>x lah...:(
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>sowi..senyum ckit..dah mam kan cklte tu..
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>kalo snyum msti manis mcm cklate tu kan...:)
<<~ny4\/\/4|>x mkn lagi so x taw lah manis ke x...
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>smp ati x nak mkn..penat taw mama buat tok papa...
<<~ny4\/\/4|>eleh..oder kat banting...
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>ye lah mama buat dari banting..jauh taw...
<<~ny4\/\/4|>miss u so much mama syg tp hati papa masih sakit lagi...
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>miss u too papa syg...sorry papa syg..mama taw mama salah
<<~|-|4|\/|b4 q_|_| | ~>>:( :'(

*****************************************************
chocolate yang dihantar di office beliau!!!

chocolate tersebut..chantik kan???
*****************************************
see masih x hilang rajuknya...
susah kan pujuk kaum lelaki ni..
kalo kaum pomp bg je apa,puji je lah apa..
tipu pun x apa..
cpt je hilang rajuknya..
if llaki...makan tahun kottttttt..
nggeeee...
gigit jari lah sy dkt 2minggu tu...
Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa sy
akhirnya hilang jugak rajuk dia...
lepas ni sumpah x maw cari pasal
and buat my incik papa syg sy majuks n kecik ati...
parahhh jadinya....
*****************************************

Tips Menempuh Perkahwinan




Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-
"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-
"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan
maksud:-
"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."
Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.
Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan. Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain
akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

MAKLUMAT BERKAITAN SIHIR


salam 1 malaysia semua...
today sy nak share artikel mengenai sihir yang sy dpt dari
seorang akak a.k.a ustazah ni...
so x salah kan jika saya kongsi pada semua orang..
dan x salah kita nak berkongsi maklumat...
jommm layannn...
*********************************************************

Takrif Dan Pengertian Sihir:

Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya."


Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.


Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.'


Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid.


Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan.

Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya.

Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t.

Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam.

Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar Allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta."


Jenis-jenis Sihir:


1. Patung - Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.


2. Santau - Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.


3. Telur Layang - Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

4. Tangkal Dan Azimat - Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang - Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.



Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud. :


“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Al Israa’:82)

Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal).

Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.'


Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat).


Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.


Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah


Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.


Jenis-jenis Sihir Pemisah:

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.

- Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang palng bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.



Tanda-tanda Sihir Pemisahan:


- Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.

- Berlaku keraguan antara suami-isteri.

- Enggan meminta maaf.

- Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.

- Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

- Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.

- Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.


2.Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.

- Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.

- Sukar mengawal cintanya.

- Rindu bayang yang berlebihan.

- Patuh secara membuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):

- Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.

- Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.



3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis)

Tanda-tanda hipnotis:

- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.


Melawan sihir hipnotis:

- Azan

- Membaca ayat al-Kursi

- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.

- Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

- Cakap merapu

- Mata layu

- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.

-Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.



5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

- Suka berseorangan.

- Menutup diri sepenuhnya.

- Diam berterusan.

- Tidak suka bertemu orang.

- Fikiran melayang.

- Selalu pening.

- Lesu dan tidak bermaya



6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

- Selalu mengalami mimpi ngeri.

- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.

- Selalu was-was.

- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.



7. Sihir Membuat Penyakit


Tanda-tandanya:

- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

- Saraf tersumbat.

- Lumpuh salah satu anggota tubuh

- Lumpuh menyeluruh.

- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.



8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah".


Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.



9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:


- Takut yang bersangatan

- Marah yang tidak terkawal

- Lalai berlebihan

- Di puncak gelora nafsu syahwat


Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.



Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:


- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

- Melihat pelamar bermuka hodoh.

- Banyak berfikir (fikiran melayang).

- Selalu gelisah waktu tidur.

- Selalu rasa sakit di perut.

- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.



Fakta Penting Tentang Sihir:


Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.

- Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.

- Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:

i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.

ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-Quran.

Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."

Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.

Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir. Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.


Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.


Angkara Sihir Ikatan

Suami yang tidak boleh menggauli isterinya disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:

Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.


Proses penegangan melalui 3 peringkat:


Pertama: Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kekulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.

Kedua: Rangsangan seksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.

Ketiga: Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merapatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah si suamii mencubanya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian si isteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.

Melenyapkan kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.

Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.

Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.

Hilang Perawan : Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.


'TERIKAT', Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin


Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.

Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhandneganisteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.

Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.

Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

***************************************
so apa komen uollsss..
zaman skrang ni dah mcm zaman jahililah kan..
apa yg org dulu wat..kat zaman kita semua dah ada..
salah satu petanda kiamat..
Allahhualam...
kadang2 takut jugak bila baca semua ni..
so pada kaum2 muslimin dan muslimah
Jajarkan ke Tengahsediakan lah diri kita dengan pelindung diri..
macam amalkan surah 3kul,ayat kursi,100 dinar and macam2..
jangan tinggalkan solat..
kerana solat lah pelindung diri kita..
wasalam....


Sabtu, 8 Januari 2011

Pusat Sains Negara

b4 naik sekolah 2011 ni sy membuat lawatan atau pun dalam pelat mat salleh celup TRIP!!!
TRIP ke mana??
kemana lagi ke sains negara lah wf anak2 didik ku yang bertuah..
hahahahaha..
kami pergi dalam 16org x silap..
alamak lupa sudah...
tua katakan...
hahahaha...
apa yg bestnya kat sana??
sebenarnya trip ni sesuai tok budak2 sekolah menengah n darjah 5-6..
tok budak2 x cukup umur ni x sesuai..
sbbnya bukan dorng paham pun apa itu SAINS..
tp x salah nak perkenalkan n bawak jalan2..
(yang sebenarnya TEACHER dia yg nak sgt g....hahahahahahaha
sajer bawak budak2 sebagai alasan..T___________T )

PSN diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.

Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.

sampaikan anak2 murid saya menangis nak balik..ada jugak cakap takut dan bising..nak x nak
kami terpaksa lah tarik dorng masuk...sebab teacher2nya yang teruja nak tengok tu semua..

yang pastinya bunyi ngeri dinosaur spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex boleh dengar smp ke luar pusat pameran.


Apa yang bestnya semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik. sebab tu lah budak2 ni berlari..dorng ingat benda tu hidup..wakakakaka :p

Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.

Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

masuk2 jer kami disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.

T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.

Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.

Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.

Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.

jom kita layan pic2 sepanjang di PNS!!!











free glitter text and family website at FamilyLobby.com