BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 8 Januari 2011

Pusat Sains Negara

b4 naik sekolah 2011 ni sy membuat lawatan atau pun dalam pelat mat salleh celup TRIP!!!
TRIP ke mana??
kemana lagi ke sains negara lah wf anak2 didik ku yang bertuah..
hahahahaha..
kami pergi dalam 16org x silap..
alamak lupa sudah...
tua katakan...
hahahaha...
apa yg bestnya kat sana??
sebenarnya trip ni sesuai tok budak2 sekolah menengah n darjah 5-6..
tok budak2 x cukup umur ni x sesuai..
sbbnya bukan dorng paham pun apa itu SAINS..
tp x salah nak perkenalkan n bawak jalan2..
(yang sebenarnya TEACHER dia yg nak sgt g....hahahahahahaha
sajer bawak budak2 sebagai alasan..T___________T )

PSN diserbu orang ramai yang ingin melihat secara dekat 32 ekor dinosaur - reptilia yang pernah wujud di muka bumi kira-kira 165 juta tahun dahulu.

Semua 32 ekor dinosaur tersebut `hidup’ dan pasti akan mengancam setiap pengunjung yang datang.

sampaikan anak2 murid saya menangis nak balik..ada jugak cakap takut dan bising..nak x nak
kami terpaksa lah tarik dorng masuk...sebab teacher2nya yang teruja nak tengok tu semua..

yang pastinya bunyi ngeri dinosaur spesies Tyrannosaurus Rex atau T-Rex boleh dengar smp ke luar pusat pameran.


Apa yang bestnya semua 32 dinosaur yang ditampilkan di PSN itu seolah-olah hidup kerana ia digerak menggunakan kaedah robotik. sebab tu lah budak2 ni berlari..dorng ingat benda tu hidup..wakakakaka :p

Kesemuanya dibina berdasarkan saiz dan struktur badan menyerupai haiwan itu yang sebenar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga pasti akan teruja dengan elemen nilai tambah yang dilengkapkan pada setiap dinosaur seperti pergerakan mekatronik dan kesan suara serta semburan asap.

Dengan itu kesemua dinosaur yang dipamerkan kelihatan seolah-olah hidup dan bernyawa.

masuk2 jer kami disambut oleh T-Rex dan Apatosaurus.

T-Rex tersebut mempunyai ketinggian lima meter iaitu menyamai ketinggian dua ekor gajah Sumatera yang disusun secara bertingkat.

Sementara saiz Apatosaurus pula yang sepanjang 21 meter menyamai saiz mamalia terbesar dunia iaitu paus biru.

Pengunjung kemudiannya akan meneruskan perjalanan ke tingkat satu PSN di mana terletaknya galeri pameran sebenar.

Terdapat dua galeri yang disediakan iaitu galeri spesies dinosaur pemakan daging atau karnivor dan spesies yang memakan tumbuh-tumbuhan (herbivor).

Lebih mengujakan, pameran berkenaan turut menyediakan lima biji telur dinosaur spesies Triceratops dan fosil sebenar spesies T-Rex serta Chasmosaurus.

Untuk setiap spesies yang dipamerkan terdapat penerangan ringkas tentang habitat, tabiat kehidupan dan pemakanannya.

jom kita layan pic2 sepanjang di PNS!!!











free glitter text and family website at FamilyLobby.com