BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 20 Mei 2010

Dari Saat Pertama

Cikgu,
Dari saat pertama,
Langkah kaki masih gusar,
Jua patah pertama meniti dibibir,
Tatkala aku mengenal ungkapan ‘cikgu’,
Besar cita ku genggam,
Tinggi hasrat kupasang,
Luas angan kubentang.

Kerna.
Aku punya impian untuk berdiri di depan,
Memegang sebatang kapur putih,
Menulis tanpa buku,
Bertutur nada tersusun.

Membibit kemesraan ,
Bukan membidas rotan ditangan,
Menjeling dengan garang,
Melihat mata-mata ketakutan.

Pada hati kecil aku berkata,
Tulusnya ‘cikgu’ penuh senyuman,
Mudah ajarnya aku terima,
Bukan kerana wajah,
Tetapi luhur hatinya memikat jiwa.


Sedang aku membilang usia,
Langkah mula berwarna,
Semakin hari meniti rasa,
Mula saatnya mengenal dunia,
‘cikgu’ terus mengadun rahsia.

Mengelus jiwa remaja,
Agar tidak tercetus gelora,
Kerna anak-anak di hadapannya,
Bukan lagi anak kecil .

Adakalanya mencabar dirinya,
Sehingga rasa meracuni jiwa,
Namun sabarnya masih melingkari,
Terus menyusun bicara dan gurau senda.

Untuk memikat si jiwa remaja anak ,
Biar terus mesra berbunga,
Biar senang ajaran diterima,
Kerna sopan tuturnya,
Kerna lembut lakunya,
Kerna manis senyumnya,
Kerna bijak caranya.

Bukan dengan kesat melempar kata,
Bukan dengan jelingan yang mengundang benci,
Bukan dengan rotan yang meninggalkan dendam.

Itulah kehidupan ‘cikgu’,
Yang arif menimbang rasa,
Yang tahu mengesan nada,
Yang bijak mengatur bicara,
Yang tulus mendidik anak bangsa.

Teringat kata budiman,
Kasih ibu sampai ke syurga
Kasih ayah membawa bahagia,
Kasih guru hingga Berjaya.

0 ulasan: