BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 13 Disember 2010

Gunung Terbelah 2

agak pelik kan tajuk entry kali ini...gunung apa yang terbelah dua???
hahahaha..yang anda semua jangan dok pk lain k..lagi2 kaum perempuan...
wash ur brain right now...pakai menatang ini

aku memang suka gilak tengok kartun shin chan ni..lagi2 lawak selamba dengan muka x ada perasaan dia...komik dia tak payah cakap lah 5,6 kali kot aku katham..kalau al-quran setahun agak susah nak khatam 1 juz tue..(baru sedar bertapa jahilnya diri ini..)
tapi kalo komik ke novel ke cepat jer kan kita khatam..sanggup overnite lagi sebab nak habiskan kahtam kan novel or komik...sanggup bersengkang mata kerana novel..tapi tidak sanggup bersengkang mata untuk buat solat tahjud ker,qiyam ke..(see..jahlil lagi kita ni kan..)

aku terbaca entry kat satu laman ni..sajer nak share kat korang..artikel ni aku dapat daripada 1 luv islam..hihihih..bila baca memang ada betulnya..

artikel ini bertajuk TIDAK WAJAR SINCHAN DIJADIKAN IKON!!!!
memang betul pun..yer lah kan dia punya unsur cerita agak terlalu bangang..pastu kata2 dia agak terlalu mencarut..aksi dia agak selamba..kita boleh lah gelak..tapi kadang2 kita tak tahu..benda yang kita gelak2 ini lah akan menjadikan anak2 kita atau adik2 kita yg masih nak merangkak tu terikut2..contoh nya ayat ni..

"mama...punggung!!!!"
kata anak/adik anda sambil melondehkan seluar serta menunjukkan punggungnya sambil menggoyangkannya

tak pun dia akan cakap..
"mama...gunung terbelah dua timbul....."
sambil berenang dan menimbulkan punggungnya di kolam/tab mandian...

see..mesti kita terkejut kan..dan mesti bertanya dari mana mereka belajar???
tidak dinafikan kartun mampu menjadi instrumen pendidikan yang terbaik untuk anak-anak namun dalam masa yang sama ianya juga amat berpengaruh dalam menanamkan budaya dan akhlak yang tidak baik kepada anak-anak.

Lantas, adalah menjadi kesalahan yang besar apabila ibu bapa sendiri yang mendorong anak-anak mereka bagi menonton siri-siri yang ternyata lebih besar kesan negatif berbanding kesan positif.

Namun, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada pihak yang berjaya mencipta watak Upin dan Ipin, watak kartun animasi yang diciptakan oleh warga tempatan.

Kejayaan Upin dan Ipin sebagai produk animasi Malaysia yang berjaya menambat hati kanak-kanak tempatan dan luar negara wajar dipuji dan diangkat menjadi ikon kanak-kanak terkini dengan lebih penambahan unsur didaktik secara langsung mahupun tidak langsung.

"betul!!!betul!!!betul!!!"

aku agak suka bila aku masuk jer kelas anak2 murid aku akan cakap

"selamat pagi cikgu!!!!" gaya kartun upin dan ipin

nak marah pun x jadi nak marah...bila masuk kelas muka semua ceria..see betapa kuatnya pengaruh besar kartun..


Kesimpulannya adalah pemantauan dan penyaringan terhadap rancangan-rancangan kartun di televisyen perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila anak-anak di rumah sementelah pada waktu cuti sekolah sekarang ini.

Dalam masa yang sama pihak televisyen bertanggungjawab menyiarkan hanya rancangan yang berfaedah dan mendidik kepada anak bangsa.


note : teingat satu dialog sinchan yang smp skng aku tak leh lupa..

"mama jangan nak perasaan lah..mama tu kan dah tua"


free glitter text and family website at FamilyLobby.com